KELEBIHAN DI BULAN MUHARRAM
Berpuasa dalam bulan Muharram adalah amat dituntut, terutama di hari kesepuluh, atau disebut hari 'Ashura. Rasulullah s.a.w. telah dilaporkan telah bersabda apabila ditanya tentang doa apakah yang lebih baik selepas doa wajib, jawab Baginda : "Doa di tengah malam." Baginda telah ditanya sekali lagi puasa manakah yang lebih baik daripada puasa sepuluh akhir Ramadhan. Beliau menjawab: "Puasa di dalam bulan yang dipanggil Bulan Muharram." (Ahmad, Muslim, dan Abu Daud)
Para ulama telah bersepakat menyatakan bahawa amalan puasa di Bulan Muharram disunatkan pada hari-hari berikut:
puasa tiga hari iaitu, hari kesembilan, kesepuluh dan kesebelas.
puasa dua hari iaitu, hari kesembilan dan kesepuluh.
puasa sehari sahaja iaitu hari kesepuluh.
Sama-samalah kita semarakkan cinta raikan hari kebesaran islam ini dengan amalan-amalan sunat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Barangsiapa bermurah hati membelanjakan keluarganya pada hari `asyura Allah akan bermurah hati memurahkan rezekinya setahun berikutnya- alhadis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan