TENTANG SAYA

Foto saya
Saya dalah seorang hamba Allah yang diberi nama SITI FATIMATU ZAHRAH BT HJ HUSSIN. Saya dilahirkan dan dibesarkan di kota tinggi johor.Dilahirkan dalam keluarga yang bersifat penyayang tetapi mendapat didikan yang tegas daripada ibu dan dimanjakan oleh ayah.Saya seorang yang berpewatakan sederhana tetapi kaya dengan budi bahasa.Saya baru ditugaskan di sekolah rendah agama bersepadu kota tinggi johor atau lebih dikenali dengan nama SRAB.Saya sudah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata yang comel...NUR ADIBAH AUNI adalah permata hati saya yang amat disayangi.

Sabtu

Tokoh Agama

Dato Seri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria adalah Mufti Perak.

Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Isterinya Datin Seri Hajjah Ainon binti Abdul Ghani. Anak 4 orang. Tinggal di 109, Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak.

Pendidikan

1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)

Jawatan

1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri

Khidmat masyarakat

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Darul Ridzuan (Oktober 2000 – sekarang) Pengerusi Jawatankusa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan
Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam
Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran (KDN – Timbalan Pengerusi)
Ahlim Majlis Fatwa Kebangsaan
Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Ladang Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Niaga Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasionl Sdn. Bhd.
Yang DiPertua Persekutuan Seruan Islam Negeri Perak
Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej UNISMA
Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri
Ahli Dewan Negara Negeri Perak
Ahli Tetap Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan
Ahli Jawatankuasa Majlis Keutuhan Negeri Perak Darul Ridzuan
Penceramah jemputan di masjid-masjid dan institusi agama di seluruh negara.
Panel jemputan dalam forum-forum agama anjuran jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian-kementerian dalam dan luar negara.

Akademik

Pesidangan Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru (26 November 1998)
Seminar Pemindahan Ginjal dan Cabaran dan Kemajuan Yang Dihadapi Islam di Rantau Ini (6 – 8 Mei 1994, Singapura)
Dialog Agama di antara penganut Islam, Yahudi dan Kristian, Bendor, Jerman (1989)
Ceramah dan dialog bersama pelajar-pelajar di Washington, Amerika Syarikat (1996)
Lawatan sambil belajar ke Negara-negara Timur Tengah dan Eropah anjuran Lembaga Perancang Keluarga Negara (1 – 9 Mac 1977)
Muzakarah Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru ( 26 November 1998)

Penerbitan

Irsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa)
Muammalah Hidup Islam – (Kompilasi 13 Tajuk Kertas-kerja) (1996)
Syaitan Musuh Insan, Tahun (4) Siri (17) (1398/1978)
Hukum-Hukum Perkahwinan (1999)
Amalan Di Bulan Ramadhan Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (1998)
Rukyah dan Hisab (2000)
Ibadah Qurban (1999)

Kertas kerja

Siapa Kita
Kesantunan Yang Mulia
Kerja Sebagai Aktiviti Ibadat
Peranan Da’I Menuju Ke Wawasan 2020
Kontrasepsi dan Perancang Keluarga
Islam Pada Pandangan Orang Bukan Islam Di Malaysia
Zakat Membawa Berkat Mensyukuri Ne’mat
Batul Mal, Zakat dan Wakaf : Hukum dan Pelaksanaan
Islam dan Cabarannya Masa Kini
Dakwah Masa Kini dan Cabarannya
Penerapan Nilai-Nilai Islam
Pemindahan Ginjal
Peranan dan Tanggungjawab Ulama’

Anugerah

2001: Darjah Kehormat Doktor Syariah (gelaran Dr.) oleh Tuanku Canselor Universiti Malaya, DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1999: Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1994: Jaksa Setia Mahkota oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong
1986: Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP)oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1978: Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
1976: Pingakt Kelakuan Terpuji (PKT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
1975: Pingat Jasa Kebaktian (PJK)oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan