TENTANG SAYA

Foto saya
Saya dalah seorang hamba Allah yang diberi nama SITI FATIMATU ZAHRAH BT HJ HUSSIN. Saya dilahirkan dan dibesarkan di kota tinggi johor.Dilahirkan dalam keluarga yang bersifat penyayang tetapi mendapat didikan yang tegas daripada ibu dan dimanjakan oleh ayah.Saya seorang yang berpewatakan sederhana tetapi kaya dengan budi bahasa.Saya baru ditugaskan di sekolah rendah agama bersepadu kota tinggi johor atau lebih dikenali dengan nama SRAB.Saya sudah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata yang comel...NUR ADIBAH AUNI adalah permata hati saya yang amat disayangi.

Ahad

Persiapan UPSR SRAB KT Lancar - SEPTEMBER

Gambar 1: Bacaan Yasin, solat dhuha dan solat hajat

Gambar 2: Bacaan Yasin, solat dhuha dan solat hajat

Gambar 3: Calon-calon UPSR mendengar taklimat
terakhir peperiksaan

Gambar 4: Sebahagian calon yang mengikuti taklimat

Gambar 5: Abdul Rais (Ketua Pengawas) juga
merupakan calon UPSR
Jumaat- 4 September 2009. Persiapan terakhir untuk peperiksaan UPSR bagi murud-murid tahun enam SRAB berjalan dengan lancar. Pagi tadi barisan pengawas peperiksaan yang bakal bertugas telah memeriksa dewan peperiksaan dan kemudahan-kemudahan lain di SRAB Kota Tinggi. Satu taklimat akhir juga telah dijalankan oleh Setiausaha Peperiksaan Encik Yusazrin Kasiron bagi memastikan calon-calon mematuhi segala peraturan dan melakukan persediaan yang perlu.

" Perkara paling penting adalah dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran yang akan disimpan oleh pihak sekolah bagi memastikan ia tidak tertinggal di rumah", katanya.

Sementara itu, Ustaz Adanan bin Bahari, Guru Besar SRAB turut menyampaikan amanat terakhir beliau. Dalam taklimatnya, beliau menyampaikan harapan guru-guru dan sekolah terhadap calon-calon sepanjang peperiksaan berlangsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan