TENTANG SAYA

Foto saya
Saya dalah seorang hamba Allah yang diberi nama SITI FATIMATU ZAHRAH BT HJ HUSSIN. Saya dilahirkan dan dibesarkan di kota tinggi johor.Dilahirkan dalam keluarga yang bersifat penyayang tetapi mendapat didikan yang tegas daripada ibu dan dimanjakan oleh ayah.Saya seorang yang berpewatakan sederhana tetapi kaya dengan budi bahasa.Saya baru ditugaskan di sekolah rendah agama bersepadu kota tinggi johor atau lebih dikenali dengan nama SRAB.Saya sudah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata yang comel...NUR ADIBAH AUNI adalah permata hati saya yang amat disayangi.

Ahad

Persiapan UPSR SRAB KT Lancar - SEPTEMBER

Gambar 1: Bacaan Yasin, solat dhuha dan solat hajat

Gambar 2: Bacaan Yasin, solat dhuha dan solat hajat

Gambar 3: Calon-calon UPSR mendengar taklimat
terakhir peperiksaan

Gambar 4: Sebahagian calon yang mengikuti taklimat

Gambar 5: Abdul Rais (Ketua Pengawas) juga
merupakan calon UPSR
Jumaat- 4 September 2009. Persiapan terakhir untuk peperiksaan UPSR bagi murud-murid tahun enam SRAB berjalan dengan lancar. Pagi tadi barisan pengawas peperiksaan yang bakal bertugas telah memeriksa dewan peperiksaan dan kemudahan-kemudahan lain di SRAB Kota Tinggi. Satu taklimat akhir juga telah dijalankan oleh Setiausaha Peperiksaan Encik Yusazrin Kasiron bagi memastikan calon-calon mematuhi segala peraturan dan melakukan persediaan yang perlu.

" Perkara paling penting adalah dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran yang akan disimpan oleh pihak sekolah bagi memastikan ia tidak tertinggal di rumah", katanya.

Sementara itu, Ustaz Adanan bin Bahari, Guru Besar SRAB turut menyampaikan amanat terakhir beliau. Dalam taklimatnya, beliau menyampaikan harapan guru-guru dan sekolah terhadap calon-calon sepanjang peperiksaan berlangsung.

JULAI


Kota Tinggi. 11 Julai 2009. Seramai tiga orang murid SRABKT akan mewakili sekolah dan Zon dua ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Daerah Kota Tinggi yang bakal diadakan pada 13 Julai ini bertempat di Bandar Tenggara. Mereka adalah adik Nor Insyirah bt Hj Norhuda dari 3 Jannatul Firdaus, Mohd Syukri Abd Rahman dari 5 Jannatul Firdaus dan Afi Azim dari 2 Jannatul Firdaus yang masing-masing akan mewakili kategori Seni Khat, Tahfiz Tahap 1 dan Kuiz Darjah Dua.

Sejak memenangi pertandingan peringkat zon yang lalu, ketiga-tiga mereka telah menjalani latihan yang khusus bagi menghadapi pertandingan minggu depan. Menurut Guru Besar, Ustaz Adanan bin Bahari, SRAB sepatutnya menghantar satu lagi wakil iaitu adik Abdul Rais dari 6 Jannatul Firdaus yang menarik diri pada saat akhir. " Rais sepatutnya mewakili kita dalam kategori Syarahan Bahasa Arab, tetapi apakan daya beliau terpaksa menarik diri untuk memberi perhatian kepada peperiksaan UPSR beberapa minggu lagi", katanya dalam nada kecewa.

Pertandingan minggu depan juga mencatat sejarah tersendiri apabila salah seorang guru SRAB, Ustaz Shahrulnizam bin Salimon (gambar) telah diberi mandat untuk menjadi juruacara pada majlis tersebut. Beliau ketika ditemui berkata sudah bersedia dan berharap majlis yang bakal dikendalikannya nanti akan berjalan dengan lancar.

Sabtu

Tokoh Agama

Dato Seri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria adalah Mufti Perak.

Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Isterinya Datin Seri Hajjah Ainon binti Abdul Ghani. Anak 4 orang. Tinggal di 109, Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak.

Pendidikan

1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)

Jawatan

1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri

Khidmat masyarakat

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Darul Ridzuan (Oktober 2000 – sekarang) Pengerusi Jawatankusa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan
Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam
Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran (KDN – Timbalan Pengerusi)
Ahlim Majlis Fatwa Kebangsaan
Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Ladang Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Niaga Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasionl Sdn. Bhd.
Yang DiPertua Persekutuan Seruan Islam Negeri Perak
Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej UNISMA
Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri
Ahli Dewan Negara Negeri Perak
Ahli Tetap Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan
Ahli Jawatankuasa Majlis Keutuhan Negeri Perak Darul Ridzuan
Penceramah jemputan di masjid-masjid dan institusi agama di seluruh negara.
Panel jemputan dalam forum-forum agama anjuran jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian-kementerian dalam dan luar negara.

Akademik

Pesidangan Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru (26 November 1998)
Seminar Pemindahan Ginjal dan Cabaran dan Kemajuan Yang Dihadapi Islam di Rantau Ini (6 – 8 Mei 1994, Singapura)
Dialog Agama di antara penganut Islam, Yahudi dan Kristian, Bendor, Jerman (1989)
Ceramah dan dialog bersama pelajar-pelajar di Washington, Amerika Syarikat (1996)
Lawatan sambil belajar ke Negara-negara Timur Tengah dan Eropah anjuran Lembaga Perancang Keluarga Negara (1 – 9 Mac 1977)
Muzakarah Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru ( 26 November 1998)

Penerbitan

Irsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa)
Muammalah Hidup Islam – (Kompilasi 13 Tajuk Kertas-kerja) (1996)
Syaitan Musuh Insan, Tahun (4) Siri (17) (1398/1978)
Hukum-Hukum Perkahwinan (1999)
Amalan Di Bulan Ramadhan Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (1998)
Rukyah dan Hisab (2000)
Ibadah Qurban (1999)

Kertas kerja

Siapa Kita
Kesantunan Yang Mulia
Kerja Sebagai Aktiviti Ibadat
Peranan Da’I Menuju Ke Wawasan 2020
Kontrasepsi dan Perancang Keluarga
Islam Pada Pandangan Orang Bukan Islam Di Malaysia
Zakat Membawa Berkat Mensyukuri Ne’mat
Batul Mal, Zakat dan Wakaf : Hukum dan Pelaksanaan
Islam dan Cabarannya Masa Kini
Dakwah Masa Kini dan Cabarannya
Penerapan Nilai-Nilai Islam
Pemindahan Ginjal
Peranan dan Tanggungjawab Ulama’

Anugerah

2001: Darjah Kehormat Doktor Syariah (gelaran Dr.) oleh Tuanku Canselor Universiti Malaya, DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1999: Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1994: Jaksa Setia Mahkota oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong
1986: Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP)oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1978: Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
1976: Pingakt Kelakuan Terpuji (PKT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
1975: Pingat Jasa Kebaktian (PJK)oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Selasa

MISI DAN VISI


MISI SRAB KOTA TINGGI

MEMBERIKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI BERDASARKAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KEPADA SETIAP INDIVIDU ( MURID ) SECARA SYUMUL DAN BERSEDIA
MENGHADAPI CABARAN DALAM
MEMENUHI KEHENDAK MASYARAKAT.



VISI SRAB KOTA TINGGI

MENDIDIK MURID-MURID SUPAYA CEMERLANG DALAM PELBAGAI ASPEK UNTUK MENCAPAI MATLAMAT WAWASAN 2020.

OBJEKTIF SEKOLAH

DENGAN ADANYA KOTMITMEN GURU-GURU, SEKOLAH AKAN :-
MEMASTIKAN PENCAPAIAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH
DAN SIJIL DARJAH ENAM AGAMA KE TAHAP 90 PERATUS .
MEMASTIKAN SEMUA AKTIVITI KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
TERURUS DENGAN SEMPURNA DAN BERJALAN MENGIKUT JADUAL / TAKWIM.
MENYEDIAKAN IKLIM SEKOLAH YANG CERIA, BESIH DAN SIHAT.
MELAHIRKAN MURID YANG BERDISIPLIN DAN BERSAHSIAH.
MELAKSANAKAN SEBAIK MUNGKIN PROGRAM PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN.

FALSAFAH SEKOLAH

BAHAWASANYA S.R.A.B KOTA TINGGI
akan menyediakan sebaik mungkin kemudahan dan keperluan
serta bertanggungjawab melahirkan insan berilmu
dan berakhlak yang sedia berbakti kepada
Agama, Bangsa dan Negara.

BAHAWASANYA GURU-GURU S.R.A.B KOTA TINGGI
adalah berilmu, berkebolehan, bertanggungjawab
dan sentiasa bersedia menerima amanah bagi mendidik dan mengasuh
secara menyeluruh untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan dan kerjaya.

BAHAWASANYA PELAJAR S.R.A.B KOTA TINGGI
di beri peluang seluasnya untuk mengembangkan potensi diri
dalam pelajaran dan kemahiran individu dalam bidang kurikulum dan kokurikulum

SENARAI NAMA GURU SRAB KOTA TINGGI

En. Adanan bin Bahari
Guru Besar



Saenah bte Sarimin
GPK 1


Shahrul Azhar bin Marsan
GPK KOKO


Sapiah bte Ali

GPK HEM


Mohd Zahidi bin Abdullah
Siti Zunaidah bte Wagiman
Surani bte Salleh
Norhuda bte Ibrahim
Nor Asiah bte Abu
Mohammad Salwi bin Senin
Azimah bte Mohd Had
Rosmaria bte Jaafar
Siti Aisyah bte M.Hashin
Norlizah bte Mohamed
Mastura bte Mohamed
Suzilahani bte Kariah
Shahrul Nizam bin Salimon
Norhidayu bte Md Yunos
Zuraidah bte Buhari
Juhana bte Jalar
Norhamizah bte Abu @ Hussin
Yusazrin bin Kasiron
Rozita bte Md Jamali
Yusniza bte Mohamad Yusof
Mohd Fadzli bin Hassan
Shanizat bte Sakiran
Norhisham bin Bunawan
Norazlina bte Supaat
Siti Zunaidah bte Mohamad
Siti Fatimatu Zahrah bte Hussin

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi telah beroperasi dengan rasminya pada 1 Januari 1999. Sekolah ini tidak begitu diketahui umum di peringkat permulaan operasinya dan pada ketika itu ianya berkongsi bangunan dengan Sekolah Agama Kota Kecil, Kota Tinggi. Hanya dua buah bilik darjah dan sebuah bilik pentadbiran dikongsi bersama bilik guru dengan seorang kakitangan bukan guru (pembantu tadbir N9), 6 orang guru termasuk guru besar dan 62 orang pelajar. Sesi pembelajaran sekolah ini bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kemasukan pelajar ketika itu melalui proses biasa sepertimana kemasukan ke sekolah-sekolah yang lain tetapi keutamaan diberi kepada anak-anak guru agama kerajaan Johor dan kakitangannya. Kuota bilangan pelajar yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Johor Bahagian Pendidikan iaitu tidak boleh melebihi 80 orang pelajar bagi setiap tahun pengambilan.
Mulai tahun 2000, pengambilan pelajar-pelajar ini perlu melalui proses permohonan dan ujian iaitu Ujian Kelayakan di mana pelajar-pelajar yang layak sahaja akan diterima masuk ke sekolah ini. Ini disebabkan permintaan yang tinggi dari masyarakat setempat dan penduduk sekitar serta kakitangan kerajaan dan swasta.

Guru besar yang menjadi peneraju SRABKT ketika itu ialah Ustaz Azhar bin Kamari dengan dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Mazlan bin Mohd Nor, Ustazah Anita bt Mohamed @ Ma’mon sebagai GPK HEM, Ustzh Sapiah bt Ali, Ustzh Surani bt Salleh, Ustazah Hafisah binti Daud dan Cik Norashikin binti Ithnin @ Maon sebagai pembantu tadbir. Tambahan bilangan guru dilakukan dari tahun ke tahun mengikut pertambahan kelas dan mata pelajaran sehinggalah tahun 2009 jumlah bilangan guru seramai 30 orang termasuk guru besar. Jumlah bilangan kelas pula sebanyak 12 bilik darjah. Guru-guru yang berkhidmat di sekolah ini mempunyai kelulusan Diploma Perguruan Malaysia dari maktab-maktab perguruan dan Diploma Sains dan Pendidikan dari Kolej Islam Johor.

Pada tahun 2002, SRAB Kota Tinggi telah mencatat sejarah apabila bangunan sekolah yang dikongsi bersama dengan Sekolah Agama Kota Kecil menjadi milik SRAB sepenuhnya dan pelajar-pelajar serta guru-guru Sekolah Agama Kota Kecil dipindahkan ke bangunan sekolah baru yang dibina di Taman Kota Jaya dan sebahagiannya di Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi. Pada tahun berkenaan juga sebuah bangunan SRAB yang baru siap diguna dan telah digunakan secara rasminya pada awal tahun berkenaan dengan kos pembinaan berjumlah RM 1.25 juta dan pengubahsuaian bangunan sedia ada yang menelan belanja RM 89 348.00.Banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh sepuluh tahun sekolah ini beroperasi. Kepercayaan, keyakinan dan kesedaran masyarakat terhadap sekolah ini semakin meningkat berikutan pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan UPSR yang pertamanya pada tahun 2004. Sistem pendidikan di sekolah ini juga sentiasa berubah mengikut arus perkembangan pendidikan masa kini.

Perubahan demi perubahan dilaksanakan bagi menongkah arus pendidikan yang semakin mencabar dan global. Namun setiap cabaran yang mendatang ditangani secara bijak oleh pengurusan pentadbiran khususnya peneraju SRAB Kota Tinggi dan kakitangannya yang mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi untuk menjadikan SRAB Kota Tinggi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Berikut adalah senarai nama guru besar yang telah dan sedang menerajui SRAB Kota Tinggi :
Ustaz Azhar bin Kamari 1999 hingga 2000
Ustaz Zaya bin Kamel Jan 2000 hingga Ogos 2000
Ustaz Mohd Nizam b. Abd. Rahim 2000 hingga 2004
Ustaz Hasidi bin Besah 2004 hingga Disember 2008
Ustaz Adanan bin Bahari Januari 2009 hingga kini.

Kedudukan sekolah ini terus berada di dalam keadaan yang semakin kukuh dan terjamin berikutan dari keputusan mesyuarat EXCO Negeri pada awal tahun 2006 yang ingin meletakkan SRAB di atas tiket dari sekolah swasta ke sekolah bantuan kerajaan. Dengan pengiktirafan ini kebajikan guru-guru akan lebih terpelihara dan keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar-pelajar dari sekolah kementerian akan dapat dikecapi bersama oleh pelajar-pelajar dari sekolah ini. Semoga ia akan terus berkembang maju dan menjadi contoh terbaik kepada sekolah-sekolah yang ada di negara ini.

LOKASI SEKOLAH


SILA KLIK PADA PETA